Disclaimer Footprints
Be My Friend
|
Tangisan Cinta
Isnin, 24 Disember 2012 | 12:02 PTG | 0 ♬ Comment
Tangisan tidak bererti kekecewaan dan sedih. Ada juga orang yang menangis kerana terlalu gembira. Ada juga yang suka menyembunyikan tangisan untuk kelihatan kuat dari luaran. Kata mereka, tidak perlu menangis kerana cinta.Tapi sebenarnya orang yang mengatakan sebegitu adalah ego sebenarnya. Manusia manalah dalam dunia ini yang tidak perlukan cinta? Biasa kita lihat yang suka menangis kerana cinta ini adalah golongan perempuan. Tetapi ada juga lelaki yang boleh menangis kerana cinta.
Menangis kerana cinta bukan bermakna kita lemah, tetapi bermakna kita tulus menyayangi dan kita mendalami erti cinta itu. Jadi kalau ada yang mengutuk korang sebab korang menangis kerana cinta, biarkan saja. Mereka yang mengutuk itu tidak tahu apa makna cinta sebenar.Kita menangis bukan kerana kita lemah, tetapi ia adalah sebagai satu tanda luahan perasaan yang tidak menyusahkan orang lain. Betul tak? Bila kita menangis, kita tak kacau orang lain kan? Menangis juga boleh menyebabkan kita rasa lega.
Ramai orang ingat, lelaki tidak menangis kerana cinta.Itu silap ya sebenarnya. Janganlah anggap lelaki ini seperti tiada perasaan. Lelaki juga walaupun nampak keras dan ego, masih ada perasaan sakit dan perasaan sayang. Tidak salah pun kalau lelaki menangis. Tetapi janganlah pula sampai selalu menangis. Kalau boleh, menangislah bila perlu. Kalau perempuan takpe, dah lumrah.
setakat nim jee lha , daa :)
|